Sunday, June 7, 2009

Apa Nak Pakai Esok.....

Tiba-tiba rasa sunyi malam ni…mummy anda ayah dah lama tido..letih agaknya layan tetamu siang tadi, aku ingat sapa la yang nak datang rupanya ayah punya kawan lama, Uncle Razak . Datang the whole family, lama dah tak jumpa family uncle Razak ni, yunos and yassin, nama anak kembar dia…dua orang tu je la…younger than me 2 years..26 …hmmmm, kalau older boleh gak la nak try hehhee apa laaaaaaa but nice la borak2 dengan diorang, kebetulan Yunos akan masuk satu tempat kerja dengan abang, apa lagi panjang la ceritanya.

Balik-balik Autie Fatimah tanya aku bila nak kawin……bosan sehhh…really bosan…aku jawap dengan senyum yang tak ikhlas…mummy biasa la…”nak tunggu anak Sultan Brunie pinang” nanti kena pinang betul2 baru mummy tau… :p . Tapi kenapa ya…tua sangat ke 28 tahun kalau belum kawin? Tak la aku rasa ok jer…ada lagi apa yang tua dari aku belum kawin lagi…tak kecoh pun…apasal la nak sebok sebok…

Sebenarnya, esok aku ada double date dengan marissa and hubby, dah lama marissa plan benda ni tapi aku malas…dia nak introduce aku dgn kawan hubby dia masa hubby dia belajar dulu…entah kenapa la semalam aku setuju pulak…hahhaaa..mana la tau menjadi kali ni (marissa punya ayat). Aku malas nak letak harapan tinggi tapi marissa punya pujian melambung giler dengan mamat ni. Well….. we will see… ni bukan kali pertama marissa kenalkan mamat2 kat aku….hehehhe semua aku tak berkenan…ntah tak ada kimia kot….(kimia konon…)

Nak pakai baju apa ya? Since lunch jerk at TGIF aku pakai simple jer la esok, jean and shirt or baby T? or apa erk? Adussss…pening ni!!

Saturday, June 6, 2009

Friday

Hellooo...... tolong la jgn bosan baca apa yang aku tulis…hehe tapi kalau bosan gak tak dapek la nak tolong . Hari ni nak tulis pasal apa? Mula from morning la ya…pagi tadi aku sampai 8.55 am jem teruk la…tapi nasib baik boss I sampai right after aku letak handbag dalam drawer..selamat…aku pakai suit hari ni suka sangat baru beli last week kat ZARA, kasut biasa jer VINCI heheheh tapi cantik tau..(perasan) rambut….aku ni rambut panjang but tak suka lepas hari ni ikat satu jer…simple... my hand bag hari ni coach..ahhh memang seronok pergi kerja kalau pakai baju baru…ni memang my habit dari kecik…asal ada benda baru sure bersemangat...mesti you all kat luar sana pun ada yang macam aku kan…alah…jangan la nak tipu…hehehe.

My boss meeting lama la…since hari ni hari jumaat maybe the board meeting will stop at 12 for Friday prayer, aku as usual laa akan keluar lunch dengan my lunch buddy merangkap best friend aku marissa, dia ni best satu kepala tapi dia dah kawin one year older than me tengah pregnant anak pertama. Dia pregnant aku yang excited membeli belah for her baby yang akan di jangka keluar pada july nanti…bestnya… Today is long lunch 2 .5 jam and we all bercadang nak ke Pavillon. Since aku baru dapat kereta baru...aku la yang drive ... heehehe yes!! Kereta baru..alahhh Honda City yg baru tu jer…(ada bunyi riak tak) hmmm tak da maknanya nak riak bukan aku beli dgn duit aku pun ayah yang beria nak suruh aku tukar kereta since my Myvi tu dah lama dahhh so dia yang tukarkan kereta for me...selamat duit aku.

So..sampai Pavi tadi we all terus ke Gap butik…hehee apa lagi shoping laaaaaaaaaaaa. Tengah syok2 shopping mummy called pesan balik nanti nak ajak aku pegi tesco sebab esok ada guest nak datang rumah esok nak masak2 katanya…nasib baik boss aku ada meeting lagi kat luar petang ni boleh la balik awal sikit.

Nak tau tadi on the way ke tesco, mummy macam frust dengan abang, hmmm…biasa la kalau Friday memang mummy masak dinner best sikit sebab dari kecik Friday memang hari keluarga kumpul sama-sama untuk dinner ..hari ni dah 2 minngu abang tak balik for dinner dengan we all kesian mummy miss her cucu..oo ya…aku ni ada sepasang anak saudara umur 4 and 2 tahun…Sorng nama Syarifah Nadhia and sorang lagi Syed nasri, so sorang Dhia sorang lagi Nash…menmang nakal dua orang budak yg comel itu. Abang actually duduk Mutiara Damansara, aku kat Bukit Damansara…bukan jauh sangat kan…apa la abang ni….am sure dia tak free tu..tapi mummy kata abang ada call...kak Intan (my sis in law) pun ada call…hmmm okay la tu mummy…diorang call apa..mummy ni yang emo...
To treat mummy after tesco aku singgah kat rumah abang heeehe nak jenguk the kids hehehe..manage to bring them to our house kesian dorang tinggal dengan maid jer…so I called kak intan mintak permission bawak the kids balik rumah…since Kak Intan kata esok diorang nak datang rumah …baik aku bawak jer budak2 ni…taaaaaaapi….aku la kena jadi nanny nih….tak pe Aunty Nelly rela…mummy suka banget….aku happy bila mummy happy.

Tadi dinner, aku makan sikit jer…terasa badan dah berat since marisa pregnant ni aku pulak yang kuat makan..time lunch jer sure makan yang best best..maklumla..ikut mak buyung..hehhee timbang dah 52 kg...tak boleh jadi ni….

Ok got to go esok nak kena tolong mummy masak…

Thursday, June 4, 2009

My First Time

Ahhh….today first time aku tulis blog, selalunya asyik baca blog orang lain jer, kenapa tiba-tiba nak tulis blog?? Hmmmm…payah nak cerita tapi aku nak kisah hidup aku tertulis untuk dibaca oleh anak cucu aku nanti InsyaAllah..heheheh berangan kuat aku ni but… sapa tahukan..


Ok…let me introduce myself…macam nak interview pulak…ok…nama aku Sharifah Nellysa…yup..itu la ejaan nama aku…tapi semua orang panggil aku Nelly or Nell..tapy my family call me Kakak sebab aku je la kakak dalam adik beradik aku…ada sorang abang and sorang adik perempuan. My brother dah kawin and dah ada anak pun, my sister masih di university. Umur aku? Hmmm …28…tapi masih single, tak da boyfren ..dulu ada la masa zaman belajar…now…ramai yang nak dekat tapi hati aku belum terbuka lagi. Aku ni belajar tak berapa pandai…my other siblings semua belajar abroad..aku jer UITM, UITM mana? Heheeh secret la…ambik course setiausaha, now jadi personal assistant di sebuah syarikat corporate kalau aku sebut sure semua orang tahu so..baik tak payah la kan?.


Aku masih tinggal dengan my parents. Ayah memang tak suka anak2 duduk luar sebelum kawin, jadi aku duduk la kat sini , lagi pun aku sorang, my bro dah kawin and pindah, my sis masih lagi di UK next year baru habis belajar. Secara tak langsung boleh la aku teman mummy, ayah sebok dgn urusan dia…hehehe but I kinda like it, duduk dgn parents ni semua terjaga, makan minum, pergi kerja breakfast dah siap, balik kerja dinner dah ready heheehe seronok hidup, all my cloths maid yang uruskan. Tapi tak la bebas sangat…


Apa yang aku suka? Shopping!!! I love shopping maybe ikut mummy la…sebab aku tengok mummy ni ada je benda nak dibeli. Aku suka handbags…banyak tau my collection and semuanya original no..no..no imitation okay…aku suka make up and perfumes…sigh…agak tingi jugak la maintenance aku ni…tu sebab sampai sekarang aku tak da boyfren kot J hehehhe. My room agak besar…jadi memang bayak la space untuk aku shopping. Apa lagi ya nak cerita? Owhhh okay..aku ni ..PA pada one of the big boss kat office aku tu. My boss dah kawin..agak tua juga la…buttttttt…wife dia tak macam wife bos-bos yg aku kenal laaa..she’s very sporting, dalam kamus hidup dia tak da perkataan jelouse, my boss good looking tau, hahahah ada gak yang suruh aku tackle my boss ..giler agaknya diorang ni…aku respect wife dia…tapi everytime call aku sure laaaa “Nelly…bila nak kawin ni?? Nak I carikan untuk you? You ni cantik…takkan la tak da boyfren” aduh…memang penat kerjanya nak match mate aku ..tak kuasa la pompuan tu…anyway…aku buat dek jer…my boss pun sama asyik nak kenal kan aku dgn kawan2 dia….kalau muda and single tak pe la…ini dah tua and not available…tak nak la aku kawin dengan husband orang..mummy selalu pesan..biar kawin duda jangan suami orang, aku akan ingat sampai bila-bila.

Ok got to go…dah lewat esok I sambung lagi…esok ada board meeting…boss masuk pagi2 so aku pun kena masuk pagi laaaa…bosannnnnnnnn…